PROGRAM ROKET AIR
Program Roket Air merupakan inisiatif pendidikan STEM yang dilaksanakan di Politeknik Kota Kinabalu dengan pengesahan pakar daripada Ir. Ts. Syahrunizam di SMK Pekan Telipok, Tuaran Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 16 April 2026 . Program ini bertujuan memperkenalkan konsep asas fizik, kejuruteraan dan inovasi melalui aktiviti praktikal yang menyeronokkan, kreatif dan berimpak tinggi. Ia menjadi medium pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang menggalakkan pelajar TVET untuk menghubungkan teori dengan aplikasi sebenar.
